Sunday, July 29, 2007

DATUK IBRAHIM YAHYA

Nama glamornya Tiger. Dia baru mendapatgelaran Datuk dalam tahun ini rasanya. Bila namanya mula disebut sebagai perunding media di Bilik Berita RTM dengan gaji konsultan lebih 12 ribu ringgit sebulan, cukup gerun juuga mendengarnya

Dengar cerita dia pernah jadi orang kuat Utusan Malaysia, TV3 dan kini bertugas sebagai Pegawai Penasihat Khas di JASA dengan sekil JUSA biasa.

Dengan gah namanya dan gelarannya maka sering kali cuba dijauhi dan banyak yang enggan berurus langsung dengannya kerana melihat pembawaannya ala tiher.

Bagaimanapun setelah beberapa bulan bekerja dengannya dia rupa-rupanya seorang yang mudah mesra dan baik hati. Lama kelamaan dia menjadi salah seorang kawan dengan bergurau dan bertukar-tukar fikiran.

Beberapa bulan lalu dia dimasukkan ke hospital kerana batu karang dan dibedah. Itu kurang pastilah kerana aku tidak mahu nak tanya banyak. Hal hal peribadi begitu aku lebih senang tidak tahu daripada terlalu banyak tahu.

Baru-baru ini dia menghulur kad bisnesnya sebagai Konsultan Pelancoingan di syarikat EastQabillah. Dari situ aku tahu dia sudah mendapat gelaran datuk. Tahniah Datuk.

No comments: